BLOG 4 FT

Friday, October 30, 2009

Kemudahan tak mencukupi

SEBAGAI penduduk Kampung Sungai Pusu, Gombak, saya meminta pihak berkuasa meninjau masalah yang kami hadapi. Untuk pengetahuan, kampung ini tiada pengangkutan awam terutama bas dan teksi.

Ia menyukarkan penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja. Lampu jalan juga tidak sediakan sepanjang Sungai Pusu sehingga banyak berlaku kemalangan.

Struktur jalan turut mendorong berlaku kemalangan kerana kenderaan terpaksa melalui selekoh berbahaya. Tebing sungai juga terlalu hampir dengan bahu jalan dan setiap kali hujan lebat air sungai melimpah hingga atas jalan.

Kedalaman longkang perlu diambil kira. Jika longkang cukup dalam, air sungai tidak mungkin melimpah ke jalan raya.

Saya berharap, pihak berkuasa memberi perhatian kepada masalah ini kerana Sungai Pusu masih di kawasan pinggir ibu negara, namun penduduknya tidak mendapat kemudahan mencukupi.

PENDUDUK PRIHATIN,
Gombak, Selangor.

0 comments:

BLOG 4 FT


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Volkswagen Cars. Powered by Blogger